Harga & Peraturan Bilik Sewa

Semua kos ditulis terang di sini — tiada yuran agen, tiada caj tersembunyi. Harga sama untuk semua rumah kami di Senai.

Senarai harga (dikemas kini 2026)

PerkaraJumlahNota
Sewa bulanan (bilik biasa)RM350 – RM400Ikut saiz bilik dan kedudukan (depan/tengah/belakang)
Sewa bulanan (tandas sendiri)sehingga RM450Bilik dengan tandas dalam — terhad
Deposit keselamatanRM300 – RM450Dipulangkan semasa keluar selepas bilik disemak dan tiada tunggakan
Deposit kunciRM20Dipulangkan apabila kunci dipulangkan
Jumlah untuk masuk≈ RM750Sewa bulan pertama + deposit keselamatan + deposit kunci
Air & elektrikTermasukTiada bil berasingan untuk kegunaan biasa
Denda lewat bayar (lebih 14 hari)RM30Ditambah pada tunggakan
Denda lewat bayar (lebih 21 hari)RM60Notis keluar boleh dikeluarkan
Yuran agen / yuran prosesRM0Anda berurusan terus dengan tuan rumah

Apa yang termasuk dalam sewa

  • Bilik peribadi dengan kunci sendiri
  • Air dan elektrik (kegunaan biasa)
  • Kipas siling dalam bilik
  • Dapur, mesin basuh dan bilik air dikongsi
  • Penyata sewa dan resit WhatsApp setiap bayaran

Cara bayar sewa

Sewa dibayar setiap bulan mengikut tarikh masuk anda. Kami terima tunai, pindahan bank dan DuitNow. Setiap bayaran direkod dalam sistem kami dan anda akan terima resit melalui WhatsApp — simpan sebagai bukti.

10 peraturan rumah (sama seperti dalam perjanjian sewa)

Setiap penyewa baru menerima syarat ini melalui WhatsApp sebelum masuk dan mengesahkan dengan balasan "YA".

  1. Sewa mesti dibayar setiap bulan, ikut tarikh sewa anda.
  2. Lewat bayar lebih 14 hari → denda RM30 ditambah pada tunggakan.
  3. Lewat bayar lebih 21 hari → denda naik RM60 dan notis keluar boleh dikeluarkan.
  4. Terus tidak bayar → penyewa perlu keluar dan deposit tidak dikembalikan.
  5. Nak keluar? Beri notis 1 bulan awal. Deposit dipulangkan selepas bilik disemak OK dan tiada tunggakan.
  6. Jaga kebersihan bilik, dapur dan tandas. Jangan ganggu penyewa lain (senyap selepas 12 malam).
  7. Kerosakan disebabkan penyewa → kos baiki ditolak dari deposit. Lapor kerosakan segera.
  8. Tiada penyewa tambahan atau tetamu bermalam tanpa kebenaran pengurusan.
  9. Dilarang merokok di kawasan umum (bilik sendiri / parking OK). Dilarang minum arak dalam rumah.
  10. Peti sejuk, penghawa dingin atau alat elektrik melebihi 500W perlu kebenaran pengurusan dahulu.

Soalan lazim tentang harga

Berapa jumlah wang yang perlu disediakan untuk masuk?

Lebih kurang RM750: sewa bulan pertama (RM350–RM400) + deposit keselamatan (RM300–RM450) + deposit kunci RM20. Jumlah tepat bergantung pada bilik yang anda pilih.

Bila deposit dipulangkan?

Selepas anda beri notis 1 bulan, keluar, dan bilik disemak dalam keadaan baik tanpa tunggakan sewa. Kos kerosakan yang disebabkan penyewa akan ditolak.

Adakah harga berbeza untuk pekerja asing?

Tidak. Harga sama untuk pekerja tempatan dan pekerja asing. Anda hanya perlukan pasport/permit yang sah.

Boleh dua orang kongsi satu bilik?

Boleh, tetapi mesti dimaklumkan dan diluluskan oleh pengurusan dahulu (peraturan 8). Beritahu kami semasa WhatsApp supaya bilik dan caj yang sesuai boleh diatur.

Kenapa ada denda lewat bayar?

Sewa yang dibayar tepat masa menampung bil air, elektrik dan penyelenggaraan rumah untuk semua penghuni. Denda RM30 (lebih 14 hari) dan RM60 (lebih 21 hari) hanya dikenakan jika bayaran lewat — bayar ikut tarikh dan anda tidak akan kena.

Rumah lain kami di Senai

Nak tahu bilik mana yang kosong dan harganya?

Lihat semua bilik kosong

Bilik Kosong WhatsApp